-PeLaWaT SiLa TiNGGaLKaN LiNK aNDa DiSiNi - TeRiMa KaSiH DaRi BLoGGeR KaMPuNG-

Monday, January 10, 2011

Home » , , » BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA

BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA

 ADSNIAGA



Adakah anda sudah mengetahui tentang Adsniaga ini? Ia adalah sebuah platform untuk menjana pendapatan melalui blog atau web anda.

Pengenalan Sistem
Sistem pengiklanan ini diusahakan oleh anak tempatan (Malaysia) bagi tujuan merancakkan lagi dunia pengiklanan secara online di Malaysia khususnya dalam membantu para pengiklan untuk mencapai sasaran jualan dan pengiklanan terhadap kelompok tertentu. Selain daripada itu, sistem ini juga mampu menjana sumber pendapatan sampingan kepada pemilik laman web/blog/portal/forum apabila mendapat komisen daripada paparan iklan yang dipaparkan di laman web mereka.

Info Pengiklan / Advertiser
Pengiklan boleh mendaftar sebagai 'advertiser' dan membina iklan masing-masing kemudiannya membuat bayaran untuk memastikan iklan itu dipaparkan di kesemua laman web yang berdaftar sebagai 'publisher'. Setelah bayaran dibuat, iklan baris/banner yang telah dibina akan diaktifkan dan sedia menyalurkan trafik ke laman web pengiklan melalui iklan yang digunakan melalui adsniaga.com. 

1. Daftar sebagai advertiser!
2. Bina Iklan
3. Beli Kredit
4. Masukkan kredit ke dalam iklan yang ingin diaktifkan!

Pengiklan boleh menjana pendapatan sebanyak 3% untuk setiap jumlah pengiklanan yang dicarumkan oleh pengiklan baru yang mendaftar melalui 'Link' pengiklan terdahulu tersebut. Komisen ini adalah secara berterusan selagi pengiklan terbaru membuat belian kredit untuk mengiklankan laman web mereka. Sebagai contoh, Ali adalah pengiklan yang mendaftar lebih awal dari Abu. Abu mendaftar melalui 'Link' Ali dan sekiranya Abu membuat belian kredit pengiklanan sebanyak RM100, maka Ali secara automatik akan mendapat RM3 komisen rujukan kerana mempromosikan 'Affiliate Link' kepada Abu. Pendapatan ini adalah berterusan tiada had masa.

Info Pemasang Iklan / Publisher
Pada masa kini, kita sedia ratusan juta laman web di internet sebahagiannya turut dimiliki oleh rakyat Malaysia. Ianya termasuk laman blog, portal, forum, dan sebagainya. Walaupun yang demikian, masih ramai yang belum mengetahui cara menjana pendapatan secara 'senyap' daripada laman web mereka tersebut. Oleh yang demikian, adsniaga.com menawarkan ruang kepada semua pemilik-pemilik laman web di Malaysia untuk mendaftar sebagai 'Publisher', memasukkan kod di dalam laman web masing-masing dan bersedia menjana pendapatan secara 'senyap' dengan agihan pendapatan sebanyak 70% daripada kos pengiklanan yang dibayar oleh pengiklan kepada adsniaga.com!

1. Daftar sebagai Publisher
2. Buka lokasi paparan banner
3. Dapatkan kod & Paste ke dalam laman web anda!

Semoga dengan kewujudan ruang ini, rakyat Malaysia tidak lagi terbeban dengan paparan iklan 'default' akibat daripada perbezaan bahasa yang digunakan kerana iklan dari adsniaga.com boleh dipaparkan di dalam apa jua kondisi bahasa laman web 'Publisher' tersebut!


Harapan
Semoga masyarakat Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan menerokai dunia jalur lebar dengan memanfaatkan segala faedah yang terkandung di dalamnya. Kepada pengiklan, sistem ini boleh dijadikan satu sistem yang wajib digunakan untuk memastikan kestabilan sambutan pengunjung ke laman web anda. Manakala bagi 'Publisher', sudah tiba masanya untuk anda menjana pendapatan sampingan daripada laman web anda dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan!.
Jika berminat bolehlah daftar kat www.adsniaga.com

Originally by,
Muhammad Suffi Bin Yusof
Pengurus sistem adsniaga.com
admin@portalniaga.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...