-PeLaWaT SiLa TiNGGaLKaN LiNK aNDa DiSiNi - TeRiMa KaSiH DaRi BLoGGeR KaMPuNG-

Sunday, January 9, 2011

Home » , , , , , , , » 11 ISTILAH ASAS BLOGGING YANG PERLU DIKETAHUI

11 ISTILAH ASAS BLOGGING YANG PERLU DIKETAHUI





Ini adalah salah satu artikle yang memberi tahu anda tentang 11 istilah asas blogging yang perlu diketahui oleh blogger2 baru.


1. Blog
  • Apa benda blog ni? tak taulah. Jangan risau, dulu saya pun tak tau apa bendanya ni.hehe. Lama-lama, faham juga. InsyaAllah. Blog ni macam diari lah tapi dalam versi internet. Kita tulis lah apa-apa kat blog tu sama ada tentang kehidupan kita, minat atau kepakaran kita.
Blog: Online diari
2. Blogger
  • Aku adalah seorang Blogger Kampung. Maksudnya, saya ada blog ini iaitu BloggerKampung.blogspot.com, saya tulis tentang kisah saya dan pelbagai tutorial dalam blog. So, saya ni boleh digelar sebagai blogger lah, tapi bukan blogger glamour la 
Blogger = Penulis blog
3. Blogging
  • Blogging ini pula adalah aktiviti menulis dan mengupdate blog ni. Contohnya, kalau saya tambah cerita-cerita baru di blog ini, oleh itu,  saya dikatakan tengah berblogging
4. Blogger.com
  • Saya seorang blogger baru. Saya guna blogger.com. Blogger.com ini adalah penyedia perkhidmatan blog yang percuma. Orang kata antara penyedia blog yang popular dan dimiliki oleh pakcik Google. Kita tidak perlu beli domain dan webhosting sendiri. Blogspot.com adalah nama domain utama yang diberikan kepada blogger.
Contoh : NamaAnda.blogspot.com
Blogger.com = Blogspot.com
5. Wordpress.com
  • Jangan keliru dengan perisian wordpress ok. Nanti saya akan terangkan tentang perisian tu,yang pasti wordpress.com ini adalah salah satu penyedia perkhidmatan blog yang percuma di mana ia dibina melalui perisian wordpress. Dulu saya keliru juga dengan perisian tu. takpa-takpa, jangan risau, lepas ni boleh faham punya. 
  • Nama domain utama adalah wordpress.com dan ianya percuma.  Kita akan dapat macam subdomain.
NamaAnda.wordpress.com
6. Wordpress.org
  • laman web ini adalah laman rasmi bagi perisian wordpress. kita boleh download secara percuma di website tersebut. Perisian ini perlu diinstall ke cpanel webhosting kita. Dengan adanya perisian ini, kita boleh memiliki blog dengan nama domain sendiri. contoh: www.namaanda.com
Contohnya. BloggerWanita.com ini menggunakkan perisian wordpress
7. Plugin
  • Apa benda pula ni? Plugin ini macam aksesori untuk blog. Plugin ini digunakan dalam blog yang menggunakan perisian wordpress. Tujuannya, banyak juga, tujuan utama adalah untuk meningkatkan prestasi dan kegunaan blog tersebut. Macam- macam jenis plugin disediakan. Contoh plugin untuk tingkatkan ranking kat enjin carian, plugin yang boleh pengunjung mesej kita melalui ruangan contact dan macam2 lagi.
8. Widget
  • Mengikut pemahaman saya, dia pun lebih kurang macam plugin iaitu aksesori blog . Widget atau Gadget ini banyak digunakan untuk blogspot.com. Tujuannya adalah sama untuk mencantikkan lagi blog kita, tingkatkan prestasi dan friendly user blog kita.
9.Blogsphere
  • paling senang nak faham, kalau alam cyber tu dunia internet, blogsphere pula adalah dunia blog
10. Blogroll
  • Senarai link blog untuk bloggers yang lain
11. Blogwalking
  • aktiviti berkunjung ke blog-blog orang lain.
*Originally from www.bloggerwanita.com

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...