-PeLaWaT SiLa TiNGGaLKaN LiNK aNDa DiSiNi - TeRiMa KaSiH DaRi BLoGGeR KaMPuNG-

Monday, January 10, 2011

Home » , , , , » Anugerah Juara Lagu Ke-25

Anugerah Juara Lagu Ke-25



Satu Malaysia telah mengetahui siapa pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 yang berlangsung malam tadi di Stadium Bukit Jalil. Final AJL25 kali ini yang membariskan ramai artis muda dan baru setahun jagung terbabit dalam dunia seni tanah air.

Tahniah kepada pemenang AJL25, Ana Raffali dengan lagu yang bertajuk Tolong Ingatkan Aku. Dan seperti biasa, rumah dah siap pahat tetap berbunyi. Terlalu ramai yang tidak menyangka kemenangan Ana Raffali sekaligus memberikan kata-kata tidak bersetuju mereka melalui Twitter dan Facebook. Harus diingat, AJL adalah sebuah pertandingan kehebatan lirik dan lagu sesebuah lagu dan bukannya pada siapa yang menyampaikan lagu tersebut.

Persembahan Terbaik – Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik – Noktah Cinta (Hafiz)
Tempat Ketiga – Noktah Cinta (Hafiz)
Naib Juara – Drama King (MUH)
JUARA LAGU – Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)

Mungkin ada antara mereka yang tidak bersetuju kerana bukanlah peminat Ana Raffali. Apapun pada pendapat kami, kemenangan Anak Raffali bukan suatu yang terlalu luar biasa kerana setiap tahun apabila AJL berlangsung, kemenangan pastinya akan berpihak pada artis yang dirasakan perlu oleh pihak-pihak bertanggungjawab atas sebab-sebab hanya mereka yang tahu. Selain bakat, marketing juga perlu sentiasa di ambil kira. Biasalah bisnes.

Kami secara peribadi merasakan ada yang lebih layak untuk menang berbanding Ana Raffali. Apapun kalau dah itu rezeki dia, tetap menjadi rezeki dia dan telah pun dinobatkan sebagai juara. Dan kami tak rasa juri AJL terutama ketua juri, M Nasir tidak peka pada pemilihan pemenang. Mereka yang terlibat di dalam bidang sebalik lagu lebih mengetahui mengapa Ana Raffali diangkat sebagai pemenang AJL ke-25 kali ini.

Tahniah kepada Ana Raffali dan diharap dapat menjadikan anugerah ini sebagai platform untuk terus menjadi yang terbaik di dalam industri muzik Malaysia ini. Jangan jadi seperti beberapa pemenang AJL yang lepas, lepas menang jadi hot stuff sekejap then, terus senyup terus terseungkur jatuh ke bumi.

Articles from ohartis.com



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...