-PeLaWaT SiLa TiNGGaLKaN LiNK aNDa DiSiNi - TeRiMa KaSiH DaRi BLoGGeR KaMPuNG-

Wednesday, March 2, 2011

FORMAT @ REPAIR LAPTOP/PC ANDA???

4 comments
NAK FORMAT @ REPAIR PC/LAPTOP 
DI KAWASAN ANDA  
DENGAN 
HARGA YANG MURAH 
SILA KE LINK INI

Friday, February 11, 2011

VALENTINE'S DAY

0 comments
VALENTINE'S DAY



VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.

Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.

Ruangan Irsyad hukum kali ini akan membicarakan sama ada Valentine’s Day munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih:
  • Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;
  • Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
  • Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).

Dan tafsirnya lagi:

“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:

“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.

Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13).

Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office
VALENTINE'S DAY

Sunday, January 30, 2011

Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011

2 comments


Kali ini aku join contest buat kali pertama selepas 2bulan berblogging. Saya cuba join contest nie sebab merasakan contest nie bukan sahaja memberi kelebihan kepada penganjur tetapi untuk mengetahui sejauh mana blog saya dilihat oleh pengunjung.
Saya merasakan blog saya ini ringan kerana saya sendiri telah berkongsi cara bagaimana untuk meringankan blog. Ini bermakna kalau blog saya kalah malu lah saya....
hahahaha....
Mungkin juga blog saya ideal bagi blogger-blogger yang ingin mendapatkan tutorial asas berblogging....
Diharapkan penyertaan pertama ini diberi pengiktirafan.....
dah mcm masuk anugerah oscar dah nie....
hahaha.....

BLOGGER YANG DI TAG:-
 fariza 

Blogger-blogger yang berkunjung ke blog saya ini dan ingin cuba menyertai contest nie boleh lah klik pada link dibawah ini:-


MELETAKKAN FAVICON DI BLOG DENGAN MUDAH

3 comments





Meletakkan Favicon Di Blog Dengan Mudah

Favicon' ialah nama singkatan bagi 'Favourite Icon'.Anda mungkin sudah biasa melihat 'Favicon' iaitu icon kecil yang terdapat di sebelah alamat URL sesebuah blog atau website seperti screenshot di bawah ini:




Untuk membuat 'Favicon' di alamat blog anda,Sila lihat langkah-langkah di bawah ini.

Mula-mula mesti mempunyai icon 'direct URL', untuk mendapatkan icon 'direct URL' ini anda mestilah mengupload icon anda ke dalam 'hosting' penyimpanan gambar anda sepeti Photobucket,Imageshack,Picison semua contoh website ini menyediakan perkhidmatan percuma.dan anda boleh upload gambar anda dibawah ini.




 

Langkah 1

Anda perlu mencari Gambar yang ingin anda gunakan dan download dahulu di document anda.
Untuk lebih senang anda hanya perlu pilih di http://www.iconj.com/animated_favicon.php




Langkah 2

Anda perlu upload gambar tadi disini(Apa-apa saiz boleh)
http://www.iconj.com/generator.php





Selepas itu



Setelah anda upload akan keluar seperti ini


anda perlu copy kode yang telah disediakan


Langkah 3

Untuk langkah seterusnya masuk akaun blogger anda.
Pergi ke -> Design(Layout) -> dan tekan -> Edit Html

Anda perlu search dan letak kode yang anda copy dibawah kode yang anda search.

</head>


dan letakkan kode yang telah anda copy tadi dibawah </head>



Akhir sekali simpan dan lihat blog anda.

*Artikel asal daripada Jeritanblog

Wednesday, January 26, 2011

TAWARAN HEBAT CELCOM...!!!!

0 comments
TAWARAN HEBAT CELCOM...!!!!

 KLIK PADA LINK DIATAS UNTUK LIHAT TAWARAN



CARA MEMBUAT TEKS BERGERAK PADA MENU BAR

1 comments
 CARA MEMBUAT TEKS BERGERAK PADA MENU BAR







Jika semalam saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mempercepatkan loading pada blog anda, hari ini saya bercadang untuk menunjukkan kepada anda cara membuat teks bergerak pada menu bar anda.

Bagi blogger lama mungkin ini sudah biasa bagi mereka tetapi bagi blogger-blogger baru ini adalah cara yang paling mudah untuk membuat teks bergerak pada menu bar anda.

Bagi sesiapa yang berminat boleh cuba dengan langkah-langkah yang disediakan dibawah ini.

LANGKAH 1
Copy code di bawah ini.

<script language='JavaScript'>
var txt=" Perkataan anda di sini. ";
var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout("bergerak()",kelajuan);}bergerak();
</script>

Info :-
Anda boleh gantikan kode dibawah ini mengikut kesesuaian anda.
var txt=" TULISKAN TEKS ANDA DISINI. ";
var kelajuan=250 
*Tulisan berwarna merah itu, tukarkan kepada teks yang anda inginkan pada menu bar.

LANGKAH 2
Cara pemasangan.


1) Login ke Blogger, klik Design





2) Pada Page Elements, klik Add a Gadget di lokasi yang anda ingin letak
3) Pilih HTML/JavaScript




LANGKAH 3
Pastekan code yang telah anda copy tadi di content yang telah disediakan dan save.
Selamat mencuba..!!!!
                                                                                                                                                                                                          CARA MEMBUAT TEKS BERGERAK PADA MENU BAR

*Tutorial ini di ambil di jeritanblog.blogspot.com dan diolah semula


Tuesday, January 25, 2011

CARA MERINGANKAN BLOG ANDA

8 comments
CARA MERINGANKAN BLOG ANDA

Sudah hampir empat hari saya tidak update blog saya yang nampaknya dah makin meningkat pada traffic rank selepas baru 1bulan lebih dalam dunia blogging.

Hari ini saya bercadang untuk berkongsi dengan anda bagaimana cara meringankan blog anda. 

Kenapa kita perlu ringankan blog blog kita??? 

Sudah pasti ada yang tertanya-tanya bukan? Sebabnya apabila kita mahu orang lain mengunjungi blog kita, sudah pasti mereka tidak mahu tertunggu-tunggu loading blog anda yang akan membuatkan mereka bosan menunggu dan akhirnya memilih untuk ke blog atau web lain.

Sekarang saya akan tunjukkan kepada anda cara meringankan blog anda.

LANGKAH 1
Copy code di bawah ini.



<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jeritanblog/javascript/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "http://img838.imageshack.us/img838/2931/loadingpagebudaknakal.jpg"
});
});
</script>

LANGKAH 2
Cara pemasangan
1) Login ke Blogger, klik Design





2) Pada Page Elements, klik Add a Gadget di lokasi yang anda ingin letak
3) Pilih HTML/JavaScript




LANGKAH 3
Pastekan code yang telah anda copy tadi di content yang telah disediakan dan save.
Selamat mencuba..!!!!
                                                                                                                                                                                                                                       CARA MERINGANKAN BLOG ANDA

*Tutorial ini di ambil di jeritanblog.blogspot.com dan diolah semula

 

Thursday, January 20, 2011

HALAL ATAU HARAM? BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA

2 comments
HALAL ATAU HARAM? BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA 

Salam kepada pengunjung blog BLOGGER KAMPUNG. Jutaan terima kasih kerana blog yang baru dibina nie dah nampak perkembangannya dengan hadirnya pengunjung2 dan blogger lain.

Hari ini aku dapat 1 email dari admin@adsniaga.com berkenaan penjualan iklan adsniaga oleh para blogger semua. Jadi aku nak kongsikan pada semua. Isu ini mungkin menjadi tanda tanya para blogger samada halal atau haram adsniaga nie bila mereka nak mulakan penjualan iklan dari adsniaga nie..



ADSNIAGA | HALAL ATAU HARAM?



Ini petikan dari admin@adsniaga.com berkenaan isu ini.


Anda sebagai publisher menyediakan tapak iklan di blog/portal/forum milik anda, adsniaga.com akan membayar kepada anda berdasarkan jumlah klik yang diterima oleh pengiklan di adsniaga daripada laman web anda.


HALAL - Sekiranya iklan tersebut di klik oleh pengunjung laman web anda tanpa mendapat sebarang atau arahan supaya mereka klik pada iklan yang terpapar di laman web anda tersebut.


HARAM - Sekiranya iklan tersebut di klik oleh pemilik laman web itu sendiri atau memaklumkan kepada pengunjung supaya tolong klik atau mempengaruhi mereka untuk klik kerana tindakan anda tersebut telah mendustai para pengiklan di adsniaga.com dan anda juga tiada integriti kerana menjana pendapatan melalui kaedah penipuan.


Adsniaga.com memiliki sistem pengesanan penipuan yang mampu mengesan tindakan anda. Kami juga mengambil langkah tegas dengan tindakan BAN SEUMUR HIDUP bagi mana-mana publisher yang menjalankan aktiviti penipuan ini.


Adsniaga.com sentiasa memastikan iklan-iklan advertiser mendapat klik yang sewajarnya untuk memajukan perniagaan/perkhidmatan mereka. Tanpa advertiser maka publisher juga tiada pendapatan sampingan secara online. Jadi kita lakukan yang terbaik untuk 'win win situation' dalam menggunakan sistem adsniaga.com ini.

Jadi terpulanglah kepada anda semua para blogger semua untuk menilainya. Bagi saya kalau betul cara kita mesti rezeki yang kita perolehi diberkati.



Kalau berminat dengan adsniaga nie boleh lah tgk artikel2 saya sebelum ini berkenaan buat duit dengan adsniaga dan cara2 memulakan bisnes ini.





APA BEZA ADSNIAGA DAN GOOGLE ADSENSE? | BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA

7 comments
BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA

Hari ini saya bercadang nak cerita sikit apa itu Adsniaga. Setelah beberapa post saya sebelum ini telah menceritakan tentang bagaimana nak buat duit dengan adsniaga mungkin ada lagi yang tertanya-tanya apa itu adsniaga.

APA ITU ADSNIAGA?
BEZAKAH IA DENGAN GOOGLE ADSENSE?



AdsNiaga ini adalah sama seperti Google Adsense. Kita panggil Pay per klik Malaysia. Adsniaga ini dibina  oleh anak tempatan iaitu saudara Muhammad Suffi Bin Yusof iaitu admin bagi PortalNiaga.com.


Adsniaga ini diwujudkan agar blogger atau IM Malaysia boleh buat duit dengan program pay per click selain dari Adsense dalam blog-blog berbahasa Melayu mereka. Pasaran pengiklanan lebih kepada tempatan dan menguntungkan pengiklan tempatan.


BAGAIMANA CARA MENDAFTAR?
  • Daftar sebagai Publisher . Klik Sini
  • Dapatkan kod iklan dan letak pada blog atau laman web kita. Iklan adalah dalam bentuk text dan juga banner.
  • Setiap klik iklan yang kita paparkan, komisyen 0.07 sen akan dibayar.  

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mendaftar adsniaga ini, anda boleh lihat pada post saya yang lain berkenaan tutorial bagaimana buat duit dengan adsniaga.
 
*Sumber diperolehi dan diolah daripada http://himira.com/2011/01/buat-duit-adsniaga-adsense-ke/

Wednesday, January 19, 2011

TUTORIAL BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA

0 comments
BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA


Salam kepada semua yang sudi membaca blog saya dan yang berminat untuk buat duit dengan adsniaga yang mana merupakan salah satu cara berniaga di blog dengan menjual iklan.

Jika sebelum ini saya pernah beritahu anda tentang bagaimana untuk buat duit dengan adsniaga ini tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui cara-caranya. Jadi kali ini saya akan tunjukkan video yang saya perolehi dari youtube sebagai panduan kepada anda semua.

Ikut langkah-langkah yang ditunjukkan dan selamat mencuba kerana hasilnya sangat memuaskan.




 

Jika anda ada sebarang komen atau pertanyaan, boleh berikan komen anda dibawah.
Selamat mencuba...!!!


Friday, January 14, 2011

KISAH PENJARA PUDU

0 comments
LUANGKAN LAH MASA ANDA UNTUK MENGHAYATI KISAH MISTERI DI SEBALIK IBUKOTA KUALA LUMPUR…..


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.Hanya boleh disebarkan pd org2 tertentu sahaja… Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah krn dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada Keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorg diri & berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu krn dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah diketahui mereka.

Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu bila proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara org menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk Menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan Kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran diwaktu mlm dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yg mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pd suatu mlm Jumaat ketika hujan renyai2 seorg warden telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dgn “Bilik Terakhir” itu.
Ketika sdg berkawal kira2 lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sdg berlari2 berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dlm kesamaran seekor kambing hitam sdg menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh krn ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 didlmnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedlm gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dlmnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yg mengerikan seraya berkata,”Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ”
“Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa”
Ha Ha Ha Ha Ha “Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa.. . “





Wednesday, January 12, 2011

JANGKAAN KEMASUKAN PINJAMAN PTPTN & BIASISWA JPA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

3 comments
Salam semua, mesti korang semua excited nak tau pasal nie....kat sini aku letakkan notis yg aku perolehi drpd sumber2 yg boleh dipercayai mengenai kemasukan pinjaman PTPTN dan biasiswa JPA bagi pelajar UM yg tertanya2 bila agaknya duit nak masuk...


Jadi diharapkan semua sabar menanti termasuklah aku yg dah kering dah nie.....!!!








PROMOSI LAPTOP ACER!!!

1 comments

Kali ini, aku bercadang nak promosi laptop Acer yg 1 jenis nie utk korang jika korang berminat nak beli...Model laptop nie 4738Z yg mmg jadi antara laptop yg tgh fast selling sbb student2 mmg suka ngan laptop jenis cmnie..

BERMINAT..???

Dibawah nie aku dah listkan spec bagi laptop acer nie beserta ngan harganya skali.. tp jgn risau kalau rasa harga laptop baru nie mahal, boleh nego lagi ckit lah harga 2...

 

   ACER 4738Z


AS4738Z-P611G32MnAS4738Z-P611G32MnAS4738Z-P611G32Mn

SPECS
AS4738Z - 611G - 14”
2.1GHz INTEL C2D P6200
1GB DDR3 1066 MHz MEMORY
320GB 5400-RPM HARD DRIVE
INTEL HD GRAPHICS - 256MB 
14” HD - 16:9 - 1366 X 768
LED BACKLIGHT GLOSSY DISPLAY
WIRELESS B/G/N + BLUETOOTH
ONE SD CARD SLOT
SUPERDRIVE - DVDRW DL -CDRW

onlyRM1599


Windows7 dan software2 semuanya siap diinstall secara percuma bagi sape yg nak lah..Sebelum aku terlupa, 5 free gift juga akan diberikan kpd customer...Jadi apa tunggu lagi?? 

Kalau berminat ngan laptop baru yg aku promosikan nie, bleh lah email aku kat faruqie.87@gmail.com


Monday, January 10, 2011

BUAT DUIT DENGAN ADSNIAGA

0 comments
 ADSNIAGA



Adakah anda sudah mengetahui tentang Adsniaga ini? Ia adalah sebuah platform untuk menjana pendapatan melalui blog atau web anda.

Pengenalan Sistem
Sistem pengiklanan ini diusahakan oleh anak tempatan (Malaysia) bagi tujuan merancakkan lagi dunia pengiklanan secara online di Malaysia khususnya dalam membantu para pengiklan untuk mencapai sasaran jualan dan pengiklanan terhadap kelompok tertentu. Selain daripada itu, sistem ini juga mampu menjana sumber pendapatan sampingan kepada pemilik laman web/blog/portal/forum apabila mendapat komisen daripada paparan iklan yang dipaparkan di laman web mereka.

Info Pengiklan / Advertiser
Pengiklan boleh mendaftar sebagai 'advertiser' dan membina iklan masing-masing kemudiannya membuat bayaran untuk memastikan iklan itu dipaparkan di kesemua laman web yang berdaftar sebagai 'publisher'. Setelah bayaran dibuat, iklan baris/banner yang telah dibina akan diaktifkan dan sedia menyalurkan trafik ke laman web pengiklan melalui iklan yang digunakan melalui adsniaga.com. 

1. Daftar sebagai advertiser!
2. Bina Iklan
3. Beli Kredit
4. Masukkan kredit ke dalam iklan yang ingin diaktifkan!

Pengiklan boleh menjana pendapatan sebanyak 3% untuk setiap jumlah pengiklanan yang dicarumkan oleh pengiklan baru yang mendaftar melalui 'Link' pengiklan terdahulu tersebut. Komisen ini adalah secara berterusan selagi pengiklan terbaru membuat belian kredit untuk mengiklankan laman web mereka. Sebagai contoh, Ali adalah pengiklan yang mendaftar lebih awal dari Abu. Abu mendaftar melalui 'Link' Ali dan sekiranya Abu membuat belian kredit pengiklanan sebanyak RM100, maka Ali secara automatik akan mendapat RM3 komisen rujukan kerana mempromosikan 'Affiliate Link' kepada Abu. Pendapatan ini adalah berterusan tiada had masa.

Info Pemasang Iklan / Publisher
Pada masa kini, kita sedia ratusan juta laman web di internet sebahagiannya turut dimiliki oleh rakyat Malaysia. Ianya termasuk laman blog, portal, forum, dan sebagainya. Walaupun yang demikian, masih ramai yang belum mengetahui cara menjana pendapatan secara 'senyap' daripada laman web mereka tersebut. Oleh yang demikian, adsniaga.com menawarkan ruang kepada semua pemilik-pemilik laman web di Malaysia untuk mendaftar sebagai 'Publisher', memasukkan kod di dalam laman web masing-masing dan bersedia menjana pendapatan secara 'senyap' dengan agihan pendapatan sebanyak 70% daripada kos pengiklanan yang dibayar oleh pengiklan kepada adsniaga.com!

1. Daftar sebagai Publisher
2. Buka lokasi paparan banner
3. Dapatkan kod & Paste ke dalam laman web anda!

Semoga dengan kewujudan ruang ini, rakyat Malaysia tidak lagi terbeban dengan paparan iklan 'default' akibat daripada perbezaan bahasa yang digunakan kerana iklan dari adsniaga.com boleh dipaparkan di dalam apa jua kondisi bahasa laman web 'Publisher' tersebut!


Harapan
Semoga masyarakat Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan menerokai dunia jalur lebar dengan memanfaatkan segala faedah yang terkandung di dalamnya. Kepada pengiklan, sistem ini boleh dijadikan satu sistem yang wajib digunakan untuk memastikan kestabilan sambutan pengunjung ke laman web anda. Manakala bagi 'Publisher', sudah tiba masanya untuk anda menjana pendapatan sampingan daripada laman web anda dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan!.
Jika berminat bolehlah daftar kat www.adsniaga.com

Originally by,
Muhammad Suffi Bin Yusof
Pengurus sistem adsniaga.com
admin@portalniaga.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...